ESET Cybersecurity Awareness Training – Jadual Kandungan

Soalan Lazim

Beberapa soalan lazim dan masalah yang sering ditanya adalah seperti di bawah berikut.

Adakah Phishing Simulator merupakan produk ESET?

Tidak. Untuk melaksanakan simulasi ini, kami menggunakan perkhidmatan dari pihak ketiga yang disediakan oleh PhishingBox, iaitu penyedia perkhidmatan awan yang mengkhusus dalam latihan dan simulasi pancingan e-mel. Walau bagaimanapun, ESET Cybersecurity Awareness Training dan kursus yang termasuk dalam pakej ESET Cybersecurity Awareness Training Standard adalah kursus ESET sendiri.

Bagaimana saya ingin menambah pengguna/lesen atau memperbaharui akaun?

1.Buka Worldwide Partners | ESET dan pilih negara tempat organisasi anda berpusat.

2.Klik pautan negara yang berkenaan untuk mengakses eStore yang sesuai.

3.Cari bahagian Existing Customer/Renewal di eStore.

4.Bergantung pada aliran eStore:

Pilih ESET Cybersecurity Awareness Training, atau

Anda akan dialihkan ke troli, di mana anda memasukkan Activation Key atau Public License ID (boleh didapati dalam e-mel pengesahan pesanan awal yang anda terima daripada noreply@orders.eset.com) dan log masuk.

5.Pilih:

Tarikh luput sedia ada untuk menambah bilangan lesen, atau

Tarikh luput kedua untuk memperbaharui dan menambah bilangan lesen.

6.Klik Update now.

7.Klik Proceed to Checkout.

8.Sahkan maklumat anda dan klik Continue to payment.

9.Masukkan butiran pembayaran anda untuk melengkapkan pesanan. Penambahan lesen atau pembaharuan anda akan diproses dalam tempoh empat jam bekerja.

Bagaimanakah cara bagi memadam pendaftaran kursus untuk pengguna?

1.Log masuk ke Portal Pentadbir ESET Cybertraining.

2.Dalam menu, klik School > Manage Enrollments.

3.Pilih pengguna yang berkenaan. Dalam menu Actions, pilih Delete.

Bagaimanakah cara untuk menyahaktifkan atau memadam sasaran?

Anda boleh memadam sasaran secara kekal atau mengarkibkannya jika ingin menyimpan data dan mengaktifkannya semula kemudian dengan mengikut arahan di bawah:

1.Log masuk ke Portal Pentadbir ESET Cybertraining.

2.Dalam menu, klik Targets/Groups > Manage Targets.

3.Pilih pengguna yang berkenaan. Dalam menu Actions, pilih Delete atau Deactivate.

Bagaimanakah cara untuk menambah pengguna pentadbir ke Portal Pentadbiran?

Ikuti langkah berikut untuk menambah pentadbir (bukan pengguna biasa) ke portal. Tiada had bilangan pentadbir atau pengguna yang boleh ditambah ke portal.

1.Log masuk ke Portal Pentadbir ESET Cybertraining.

2.Dalam menu, klik Administration > Manage Portal Users.

3.Klik Create.

4.Dalam menu Type, pilih Admin.

5.Masukkan Email Address, First Name, dan Last Name, kemudian klik Save.

Bagaimanakah cara untuk menetapkan semula kata laluan seorang kakitangan untuk mengakses latihan di portal sekolah?

1.Log masuk ke Portal Pentadbir ESET Cybertraining.

2.Dalam menu, klik School > Manage Students.

3.Pilih pengguna yang berkenaan. Dalam menu Actions, pilih Reset Password.

4.Pilih Send Password Reset untuk menghantar e-mel pautan reset kata laluan, atau pilih Set Temporary Password untuk menetapkan kata laluan sementara.

5.Klik Reset.

Bagaimanakah cara untuk melihat atau menghantar semula e-mel yang dihantar daripada Portal Pentadbiran?

1.Log masuk ke Portal Pentadbir ESET Cybertraining.

2.Dalam menu, klik Administration > Logs > System Email Logs.

3.Pilih rekod e-mel yang berkenaan. Dalam menu View, pilih Preview atau Resend.

Bagaimankah cara untuk mendapatkan kursus pilihan tambahan?

1.Log masuk ke Portal Pentadbir ESET Cybertraining.

2.Dalam menu, klik School > Library: Courses.

3.Klik Subscribe pada mana-mana kursus.

4.Klik School > Create Enrollment.

5.Klik butang anak panah berganda ke kanan untuk mendaftar semua kursus atau pilih kursus tertentu dalam senarai.

6.Klik Enroll.

Bagaimana saya boleh melihat sijil pengguna saya?

1.Log masuk ke Portal Pentadbir ESET Cybertraining.

2.Dalam menu, klik School > Certificates > Student Certificates.

3.Anda boleh View, Download atau Print melalui menu di sebelah kanan.

Anda juga boleh menggunakan ciri Create Certificate untuk kursus khas yang dimuat naik ke dalam portal.

Bolehkah saya memasang plugin percuma untuk pengguna melaporkan pancingan data?

Terdapat tiga plugin berbeza yang ditawarkan oleh Portal Pentadbir:

KillPhish untuk Microsoft 365

KillPhish Lite untuk Gmail/Google Workspaces

Tambahan COM Laporkan Pancingan Data tersedia untuk aplikasi desktop Outlook.

Tujuan plugin ini adalah untuk melaporkan data e-mel pancingan (termasuk e-mel luaran dan e-mel simulasi dari portal Pentadbir).