ESET Cybersecurity Awareness Training – Jadual Kandungan

Pengenalan ESET Cybersecurity Awareness Training

Dalam situasi dan keadaan semasa, serangan berpaksikan kejuruteraan sosial semakin kerap berlaku. Faktor manusia sering menjadi lubuk paling lemah dalam keselamatan sesebuah syarikat. ESET Cybersecurity Awareness Training boleh membantu dalam pengukuhan aspek ini melalui latihan menyeluruh selama 90 minit dan juga simulasi serangan pancingan untuk menguji kesedaran pekerja.

Simulasi Pancingan e-mel ini membolehkan anda menyasarkan pekerja secara individu atau secara kumpulan menggunakan templat penipuan e-mel sedia ada atau senario tersuai yang dibina dengan Pembina Templat Penipuan e-mel. Oleh kerana pancingan e-mel masih menjadi ancaman harian, gabungan latihan kesedaran dengan simulasi pancingan e-mel adalah penting bagi mengurangkan risiko keselamatan.


Nota

Akses portal pentadbiran mengikut lokasi geografi

Program ESET Cybersecurity Awareness Training dihoskan di dua platform berbeza mengikut rantau, sila rujuk rantau yang sesuai di bawah:

Pilih bahagian AS & Kanada jika anda berada di Amerika Syarikat atau Kanada dan menggunakan portal ESET CyberCentral Admin.

Pilih bahagian Wilayah lain jika anda berada di luar Amerika Syarikat dan Kanada dan menggunakan Portal Pentadbir ESET Cybertraining.