ESET Cybersecurity Awareness Training – Jadual Kandungan

Padam atau arkibkan sasaran

Jika terdapat pengguna yang tidak lagi berkhidmat dengan organisasi anda, anda boleh memadam atau mengarkibkan pengguna tersebut untuk membebaskan slot pengguna (sehingga 20% daripada jumlah pengguna setiap tahun).

Penyelarasan automatik

Jika anda menjalankan penyelarasan pengguna, contohnya menggunakan Microsoft Graph untuk Microsoft 365 atau Active Directory (AD), proses ini akan dilakukan secara automatik.

Penyahaktifan manual

Anda boleh memadam sasaran, yang akan memadamkan semua data berkaitan secara kekal, termasuk data ujian dan tindakan.


Nota

Tindakan ini adalah kekal.

Padam/arkid sasaran

Jika anda ingin mengekalkan data berkaitan atau mengaktifkan semula sasaran anda kemudian, anda boleh memilih untuk mengarkibkan sasaran tersebut daripada memadamnya.

1.Log masuk ke Portal Pentadbir ESET CyberCentral.

2.Klik Targets/Groups > Manage Targets.

3.Klik butang triangle drop-down di bahagian paling kanan target tersebut.

4.Klik Delete atau Archive.

Padam/arkibkan beberapa sasaran

Untuk memadam atau mengarkib beberapa sasaran sekaligus:

1.Log masuk ke Portal Pentadbir ESET CyberCentral.

2.Klik Targets/Groups > Manage Groups.

3.Klik butang triangle drop-down di bahagian paling kanan kumpulan yang mengandungi sasaran yang ingin diedit.

4.Klik Delete atau Archive.

Aktifkan semula sasaran yang diarkibkan

Jika anda mengarkibkan sasaran anda, anda boleh mengaktifkannya semula dengan mudah pada masa akan datang sekiranya terdapat slot kosong dalam platform anda.

1.Log masuk ke Portal Pentadbir ESET CyberCentral.

2.Klik Targets/Groups > Manage Groups/ Manage Targets.

3.Tukar penapis daripada Active Groups/Active Targets kepada Archived Groups/ Archived Targets.

4.Cari kumpulan/sasaran yang ingin diaktifkan semula, kemudian klik butang triangle drop-down di bahagian paling kanan.

5.Klik Activate (Unhide/Add).